PERANCANGAN STRATEGIK PUSAT SUMBER TAHUN 2014 HINGGA 2018

9:30 PTG Posted by Unknown
PERANCANGAN STRATEGIK PUSAT SUMBER
TAHUN 2014 HINGGA 2018


1.0  LATAR BELAKANG


Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. PSS berfungsi dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber. 

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah PdP yang berkesan. PSS perlu menjadi ‘centre of action’, ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi PdP, PSS memainkan peranan utama sebagai agen perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi pada masa depan.

Tahap penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru dan murid-murid SK Sitiawan masih belum mencapai tahap optimum. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan pemangkin utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.