PERANCANGAN STRATEGIK PUSAT SUMBER
TAHUN 2014 HINGGA 2018
1.0
LATAR BELAKANG
Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan
peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. PSS
berfungsi dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) supaya lebih
berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan
sumber.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah PdP yang
berkesan. PSS perlu menjadi ‘centre of
action’, ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat
yang menyediakan koleksi PdP, PSS memainkan peranan utama
sebagai agen perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu
pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin
mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi pada
masa depan.
Tahap penggunaan PSS dalam kalangan
guru-guru dan murid-murid SK Sitiawan masih belum mencapai tahap optimum.
Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar
PSS sebagai nadi sekolah dan pemangkin utama dalam peningkatan prestasi sekolah
tercapai.